Thursday 10 February 2011

Jangan Jadi Macam Hamster

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera saya ucapkan terlebih dahulu saya ucapkan kepada para pembaca...entri hari ni agak berlainan sedikit dari biasa...hmmm...sebelum anda baca entri ni, diminta anda klik terlebih dahulu pada gambar di bawah dan lihat perubahan gambar yang berlaku....

Apa tafsiran anda selepas melihat gambar tersebut...? Sebenarnya, 95% di kalangan orang-orang kita berada di dalam situasi ini...Jadi macam Hamster...lari setempat...laju plak tu... tapi tempatnya di situ juga....Dalam kehidupan orang2 sebegini, hidup mereka dikawal dan ditentukan oleh orang lain...Mereka bukannya tak sedar, tetapi apa yang membelenggu mereka ialah TAKUT UNTUK BERUBAH...Ramai orang takut mengalami kegagalan dalam mencapai tujuan hidup tetapi mereka tidak menyedari bahawa kegagalan itu hanyalah bersifat sementara sahaja...Ianya hanyalah dalam jangkamasa waktu yang pendek...BUKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA....


Akan tetapi, mereka yang langsung tak mahu mencuba sesuatu untuk kehidupan sendiri akan mengalami kegagalan buat selama-lamanya...Maksud kegagalan dalam konteks ini ialah gagal mencapai impian yang diimpikan...Semasa kecil, ramai dikalangan kita pernah diacu soalan " Dah besar nak jadi apa....?" ..Dah tentu  kita akan menjawab nak jawat jawatan yang besar-besar belaka....nak pakai kereta besar...nak duit menimbun-nimbun...Itu semua adalah impian...Tetapi pada hari ini, berapa kerat sahaja yang menikmati impian itu...? Bagaimana kehidupan anda sekarang...? Sekiranya anda masih ditakuk yang sama, anda telah membohongi diri anda sendiri...


Ramai juga dikalangan kita tahu bahawa tanpa ilmu, kita tidak boleh berjaya...Jadi, kenapa kita tidak kejar ilmu itu...? Di sini ada beberapa sebab :


1 ) Banyak alasan - selalu berkata tak ada masa kerana bekerja, tak ada duit / modal dan sebagainya...


2 ) Takut - Selalu berkata dah banyak kali kecundang dalam perniagaan sana sini ( walhal tak pernah join pun...cuma selalu dengar cakap orang yang gagal )


3 ) Selalu memikirkan masalah tanpa berusaha menyelesaikannya...Dari sibuk memikir masalah, lebih baik fikir pada untung...selesailah masalah tu nanti...Orang selalu berkata duit bukan penyelesai segala masalah tapi banyak masalah yang berlaku hari ni adalah disebabkan duit...


4 ) Berfikiran negatif - ramai orang berfikiran negatif sebab hari-hari membaca berita-berita di media cetak dan televisyen...muka depan akhbar dah ada gambar-gambar berdarah dan putus kepala...


5 ) Ego yang melampau - Mereka selalu berkata tak kaya pun takpe lah nanti lupa diri..orang-orang begini kebanyakkannya menuju ke arah kekufuran..Rasulullah tak suka umatnya miskin....Orang kaya yang pernah saya jumpa, makin dia kaya makin dia tunduk dan sujud ke bumi....jauh sekali nak sombong...orang yang belum kaya dah sombong di tahap yang melampau...


6 ) Selalu berkata bisnes sana haram bisnes sini haram ( walaupun dah ada pengiktirafan halal )  tetapi tak nak pula jadi ustaz...


7 ) Berfikiran sempit - kurang membaca menjadikan fikiran seseorang itu tumpul....dari hari membawa ke bulan...dari bulan membawa ke tahun...asyik buat benda yang sama dan mendapat hasil yang sama..


8 ) Selalu komplen / merungut mengenai kerja / tugasan yang diberi oleh bos walhal mereka sendiri yang mengisi borang kerja tanpa disuruh jauh sekali dipaksa...Dah lah merungut, tiada pula tindakan yang dibuat...orang sebegini diibarat Nak masuk syurga tapi tak nak sembahyang...yang lebih teruk sekali Nak masuk syurga tapi mati pun tak mahu....


9 ) Salahkan orang lain - gagal disebabkan diri sendiri tapi salahkan orang lain / syarikat...Perniagaan dah berlesen tetapi masih lagi kata syarikat itu penipu ( sebenarnya orang itu sendiri yang tak tahu berniaga )..kalau hari ini pihak kementerian pun dah bagi lesen, tetapi mereka masih lagi berkata sebaliknya, mereka adalah orang yang 'lebih hebat' bercakap dari menteri itu sendiri..dan mereka yang mempercayainya diibarat lembu dicucuk hidung...mengiyakan apa yang tidak diketahui dan diselidikinya terlebih dahulu...


Sudah-sudahlah dengan sikap yang negatif dan bersikap banyak alasan...ianya takkan mengubah hidup kita... kita tak akan ke mana...Dunia hari ini dah berubah...banyak perkara-perkara IMPOSSIBLE dah menjadi POSSIBLE...Kita juga mengakuinya tetapi masih beralasan....untuk mengelakkan kita beralasan, ikuti tips ini...APABILA MELIHAT SESUATU PELUANG, DENGARLAH SUARA HATI YANG PERTAMA ( IANYA BERSUARA KUAT DAN LANTANG )...APABILA HATI PERTAMA BERSUARA, SUARA HATI KEDUA AKAN MENYUSUL ( DENGAN SUARA YANG LEMAH GEMALAI ) DAN IANYA MENIDAKKAN PELUANG ITU...SUARA HATI YANG PERTAMA ITU ADALAH DIRI ANDA DAN SUARA HATI YANG KEDUA ITU ADALAH SYAITAN...


KALAU ANDA CERDIK, NAK IKUT SIAPA...?


LISTEN TO YOUSELF, NOT WHAT OTHER PEOPLE SAY ~ JON BONJOVI

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms